Jumaat, 31 Mei 2013

Sambal Udang Kicap










                    SAMBAL UDANG KICAP


1 kilo udang
4 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih (dimayang)
4 biji bawang merah(dimayang)
1/2cawn air asam jawa
2 sudu makan kicap
1 biji bawang besar(dipotong bulat
1 sudu teh gara gula

caranya 
panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan,masukan cili kisar
dan biar hingga pecah minyak.Tuang kicap. air asam jawa dan sedikit air.biarkan memdidih dan masukan
hisisan bawang besar .serta garam,gula kacau sebati tunggu sekejap kemudian masukan udang kacau
rata biar seketika bila masak angkat dan hidangkan

Sambal Ikan Bilis


                      
                      SAMBAL IKAN BILIS
   

400g ikan bilis (di goreng dahulu
50 tangkai lada kering(dikisar)
2 biji bawang besar(dikisar)
4 biji bawang putih dikisar)
4 cm halia(dikisar)
1/2cawan air asam jawa
1 biji bawang (di potong bulat
2 sudu besar gula
minyak dan serbuk perasa
1/2teh garam

caranya
panas minyak dalam kuali tumis bahan yang di kisar hingga pecah minyak.
selepas masukan air asam jawa kacau hingga mendidih
masukan garam dan gula secukup rasa .
Akhir sekali masukan bawang besar dan ikan bilis gaul rata dan angkat






Daging Masak Kicap Kak Za

         

                                               


DAGING MASAK KICAP

Bahan-bahan

500gm dipotong daging(potong kecil)
3sudu makam kicap manis
3 ulas bawang merah di kisar
2 ulas bawang putih  di kisar
2 biji cili merah
4 cm kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih dan 1 kuntum bunga lawang .g
1 sudu teh garam 
1 sudu gula 
sedikit serbuk perasa

caranya
daging direbus hingga lembut
panas kan minyak tumis bawang merah ,bawang putih hingga naik baunya
masukan  juga cengkeh,kayu manis,bunga lawang kacau sebati
kemudikan masukan daging kacau lagi.
bila daging nampak garing tambahkan kicap manis garam gula ;sedikit air dan serbuk perasa kacau biar sebati  
    Rasa dulu dagingnya kalau ada yang kurang bahan tambahlah ikut selera anda angkat dan hidangkan




Ayam Bakar Daun Limau Purut



AYAM  BAKAR DAUN LIMAU PURUT


Bahan-bahan

1ekor ayam (dibersihkan dan dipotong)
6 biji bawang merah (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
2 helai duan limau purut
3 sudu besar garam
5 sudu gula dan serbuk perasa
2 cm halia (dikisar)
2 sudu kunyit

caranya

Ayam dimasukan ke dalam bekas ,bawang merah ,bawang putih yang dikisar serta daun limau purut
dipotong kecil masukan juga dalam bekas yang berisi ayam
Halia , kunyit ,gula ;garam,serbuk perasa pun di masukan juga gaul rata-rata dan perapkan selama 2 atau 3 jam baru boleh di bakar
 
RASANYA  ENAK SEKALI KAMI  SEKELUARGA SANGAT MEMGEMARINYA
SELAMAT MEMCUBA








Gulai Kuning Ikan Tongkol(Aya)

     GULAI KUNING IKAN TONGKOL(AYA)



bahan A (utk rebus ikan)
1sudu garam
gula dan asam keping
2 cawan air

bahan b
500gm ikan tongkol
700ml santan
7biji bawang merah(di kisar)
3 biji bawang putih(kisar)
2 inci lengkuas(diksar)
2 biji lada hijau.  serbuk cili 1sudu besar
1 keping asam.  kunyit 1 sudu besar
garam 1sudu besar dan gula

cara-cara:
bersih ikan kemudian masukan ikan yang di potong ke dalam periuk
bahan a rebus sampai ai kering dan angkat
masukan santan ke dalam periuk dan bahan yang di kisar tadi.
masak dengan api yang sederhana saja.kacau pelahan-lahan
bila mendidih tambah kan asam keping , garam, gula, dan lada hijau yang di potong kecil
bila masak angkat

rasa dulu kuahnya dan tambah apa yang kurang










Khamis, 30 Mei 2013

Singgang Ikan Aya (tongkol)


SINGGANG IKAN AYA


bahannya

1 ekor ikan aye (tongkol) sederhana besar
5 biji bawang putih (dikisar)
2 keping asam
3 gelas air
garam secukupnya
1 sudu teh serbuk perasa
1 helai daun pandan
1/2 keping gula melaka 1 biji cili padi


cara memasak...


  1. masukkan air, ikan, asam keping,daun pandan, gula melaka, cili padi dan bawang ke dalam periuk. kemudian panaskan di atas api yang sederhana. kacau dan biarkan sekejap.
  2. bila mendidih masukkan garam, gula dan serbuk perasa. tunggu 10-15 minit dan angkat.


Keladi Masak Asam Pedas


KELADI MASAK ASAM PEDAS
                          (ini masakan turun temurun keluarga Kak Za ye)


Bahan-bahan

1 batang keladi
2 gelas air
3 biji bawang putih(dikisar)
1 cm lengkuas(dikisar)
3 biji cili padi
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
sedikit gula

Cara membuat


  1. keladi disiat kulit luarnya, dipotong kecil dan dibersihkan.masukkan air dan keladi yang dipotong tadi ke dalam periuk.  
  2. masukkan juga bawang putih dan langkuas yang telah dikisar tadi, kacau rata.tumbukkan cili padi, kemudian masuk ia berserta dengan garam, gula dan asam keping ke dalam peruk masakan tadi apabila mendidih.
  3. kacau dan tunggu selama beberapa minit,angkat.






  

Ikan bawal Masam Manis

 
                       
 IKAN BAWAL MASAM MANIS 


bahannya

1 ikan bawal serderhana besar(digoreng)
1 biji bawang besar
1 lada merah
1biji lada hijau
1 biji  tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tiram
garam secukup rasa
gula secukup rasa
asam jawa sudu teh (ambil 2 sudu air perahannya)


caranya

1. panas kuali  masukan sedikit minyak
2. tumis bawang yang di potong dadu, kacau sekejap sampai naik bau.
3. masukkan cili merah, cili hijau, sos tomato, sos cili, garam, gula, air asam  
    jawa.
4. kalau nak rasa lebih masin manis tambahkan sedikit garam gula. tunggu 
    sihingga mendidih dan angkat.
5. siram ke atas ikan bawal yang siap digoreng. 



















Rabu, 29 Mei 2013

Daging Goreng Beraneka


DAGING GORENG BERANEKA

Bahan-bahan
  • 1 kilo daging lembu
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 2 sudu besar kunyit
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 1 biji bawang besar
  • sayur campur 
  • kicap lemak manis secukup rasa

Cara memasak..
  1. Daging dihiris nipis dan digoreng tanpa minyak sehingga air daging kering. Angkat.
  2. Tuangkan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan kacau sehingga rata.
  3. Masukkan daging, garam,kunyit dan gula. Kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan sayur campur dan kicap secukup rasa.Kacau lagi selama 5-10 minit. Sedia untuk dihidang...



Sotong Masak Merah

         


 SOTONG MASAK MERAH   


Bahan-bahan :


  • 1/2 kilo sotong 
  • 3 sudu besar cili giling atau serbuk cili 
  • 7 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 /2 sudu besar garam
  • 1/2 keping gula melaka
  • 1/2 sudu gula
  • sedikit perasa
  • minyak (untuk menumis)


Cara memasak...

1. Bawang merah, bawang putih, halia dan 1/2 bawang besar di kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak dalam kuali, bila panas tumis bahan yang di kisar tadi dan kacau sehingga rata selama 1
    minit.
3. Masukan cili serbuk atau cili giling, kacau selama 3 minit.
4. Bila bahan tumis naik minyak masukan sotong yang dipotong kecil ke dalam bahan tumis tadi, kacau  
    sehingga rata
5. Bila mendidh biarkan selama lebih kurang 3 minit, kemudian masukan pula sos tomato, air asam
    jawa, gula melaka, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi.
6. Akhir sekali pelahankan api, biarkan selama 5 minit kemudian masukan hirisan bawang besar ke dalam
    masakan. Kacau sekejap dan sedia untuk angkat

   (garam boleh ditambah mengikut citarasa)







             

Ikan Pari Bakar Daun Kunyit



IKAN PARI BAKAR DAUN KUNYIT



Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan pari sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 biji bawang merah
  • 1cm halia
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • sehelai daun kunyit (dihiris kecil-kecil)


Cara memasak..

  1. Bersihkan ikan pari.
  2. Kisarkan bawang merah,bawang putih dan halia sehingga hancur.
  3. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik baunya. Kemudian lumurkan bahan yang ditumis tadi pada ikan pari berserta dengan garam, gula dan serbuk kunyit.
  4. Alaskan ikan pari dengan sehelai daun pisang untuk mengelakkan ia melekat pada pembakar. 
  5. Hiris nipis daun kunyit kemudian taburkan ke atas ikan pari sewaktu dibakar. Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidang.

Telur Ayam Berlada


TELUR AYAM BERLADA


Bahan-bahan
  • 5 biji telur ayam (siap direbus)
  • 2 1/2 sudu besar serbuk cili baba
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa
  • 3 sudu sos tomato
  • 1cm halia

Cara membuat...

  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisarkan tadi. Apabila naik bau, masukkan cili giling, air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga rata.
  3. Perlahankan api dan tunggu selama 10 minit sebelum diangkat.
  4. Rasa dahulu masakan sebelum diangkat mengikut cita rasa sendiri...


Selasa, 28 Mei 2013

Ikan Keli Goreng Berlada




IKAN KELI GORENG BERLADA



Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan keli sederhana besar
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  •  1cm halia
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar asam jawa (ambil perahan air sahaja)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara...
  1. Basuh ikan keli dan digaul bersama garam dan kunyit. Selepas itu digoreng sehingga sederhana garing, angkat dan ditoskan.
  2. Mesinkan bawang merah, barang putih, lada burung(cili api) dan halia.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dimesin tadi dan dikacau sehingga sebati. Apabila sudah mendidih, masukkan garam dan gula berserta dengan ikan keli yang sederhana garing tadi ke dalam masakan. Kacau rata dan sedia untik dihidang...

Ayam Goreng Berempah Simple


AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE




Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 biji bawang merah (dimesin)
  • 2 biji bawang putih (dimesin)
  • 1 batang serai (dimesin)
  • 1cm halia (dimesin)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • sedikit serbuk perasa
Cara-cara....
  1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dimesin hancur.
  2. Ayam dibersihkan dan dimasukkan ke dalam mangkuk.Selepas itu bahan yang dimesin tadi digaulkan bersama ayam.
  3. Tambahkan juga 1 sudu teh garam dan  serbuk perasa dan di gaul bersama ayam. Perap selama 1 jam.
  4. Panaskn minyak dan goreng ayam yang diperap sampai kekuningan. Sedia diangkat dan dihidangkan....
          (untuk mengempuk dan melazatkan lagi ayam berempah perap ayam 2 - 3 jam)

Sup Tulang Lembu Special



SUP TULANG LEMBU SPECIAL




Bahan-bahan A
  • 1kg tulang lembu
  • 2 liter air
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2.5cm halia (diketuk)
  • satu bungkus sup bunjut daging
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • bahan perasa
  • sehelai daun pandan
  • sebiji ubi kentang (dibelah 4)
  • sebiji lobak merah (dihiris bulat)


Bahan-bahan B (untuk menumis)
  • sekuntum bunga lawang
  • sebatang kayu manis (dipecahkan)
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • minyak masak


Bahan-bahan C (untuk dihiris)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia


Bahan hiasan (pilihan)
  • 3 sudu bawang goreng
  • daun sup
  • daun bawang
  • limau nipis

Cara-cara....
  1. Rebus tulang sehingga empuk daging yg berada di tulang.
  2. Tumiskan bahan B sehingga naik bau.
  3. Masukkan pula hirisan bawang merah,putih dan halia sampai menjadi warna kekuningan dan naik baunya.
  4. Masukkan semua bahan tumis ke dalam periuk rebusan air tulang tadi.
  5. Masukkan sup bunjut, garam, serbuk perasa (ajinamoto) dan daun pandan beserta dengan sebiji ubi kenteng dan lobak merah ke dalam masakan tadi. Kacau rata sampai mendidih, perlahakan api. Tunggu selama 10 minit dan boleh diangkat. 
  6. Hiaskan dengan meletakkan hirisan limau nipis, daun sup, daun bawang dan bawang goreng ke atas hidangan tadi.
(untuk mengurangkan lemak pada kuah sup, buang air rebusan pertama apabila mendidih sewaktu tulang direbus. Kemudian masukkan air yang baru, panaskan sampai mendidih)  



Resipi Kerutub Ayam Pandan


RESIPI KERUTUB AYAM PANDAN 
(resipi popular di pantai timur)


 Bahan-bahan A                                                                                                                      
  • 1/2 ekor ayam
  • 300gm rempah kerutuk ayam
  • 500ml santan (4 cawan santan)
  • 5 sudu makan kerisik
  • 40gm gula melaka
  • 2 btg serai
  • sehelai daun pandan @ 2 helai limau purut
  • 2 biji ubi kentang (dihiris 4)
  • Secawan minyak masak
  • 2 sudu air asam jawa

Bahan-bahan B (untuk menumis)
  • 2 btg kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan C (untuk dikisar) 
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan D (untuk dihiris)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2ulas bawang putih 
  • 1 inci halia


Cara memasak...
  1. Panaskan minyak, selepas itu tumis bahan-bahan B. Bila naik baunya, masukkan bahan D dan kacau sekejap.
  2. Masuk bahan C (dikisar) dan kacau sehingga sebati selama 5 minit.
  3. Bancuh serbuk kerutuk dengan sedikit air dan kacau sehingga pekat. Masukkan serbuk kerutuk yang telah dibancuh ke dalam bahan-bahan tadi. Kacau sampai naik minyak (10 minit). Kemudian masukkan 2 sudu air asam .
  4. Selepas itu, masukkan  ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk dan kacau rata selama 10 minit.
  5. Masukkan gula melaka, 2 batang serai, daun pandan @ daun limau purut ke dalam masakan tadi.
  6. Seterusnya, tuang santan ke dalam masakan berserta garam secukup rasa. Kacau sampai mendidih, kemudian masukkan ubi kentang. Kecilkan api dan kacau lagi sampai kuah menjadi pekat.
  7. Sedia untuk dihidang.....  
         (hidang bersama nasi beriani untuk melazatkan lagi hidangan)

==========================SELAMAT MENJAMU=============================